Asna Zukrina A-yel's


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK 2 FACEBOOK 1 TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW

Masalah.


Kepul kepul suara menceroboh telingaku.
Terduduk aku.
Tersandar aku
Dinding putih menanggung segala tekanan.
Tenung apa yang terjadi,
Segala itu dan ini.

Aku tak pernah kacau dia
Bahkan usik dia ?

Tapi
Dia datang,
Sedozen itu.
Seberat alam.
Dekati aku,
Menjatuhkan.
Menghapuskan segalanya.

Impian yang aku ingin capai.
Seakan lenyap dek panahan dia.
Hilang satu, datang lagi satu.
Tak pernah putus. Bagaikan air sungai deras mengalir.
Sebatu kau datang setapak kau takkan pergi.
Hebat bukan?

Bawakan aku,
Beritahu aku siapa yang di dalam dunia ini tak pernah ada masalah?
Sehebat mana pun masalah tu datang attack kau.
Hebat lagi kau yang berani hadap dia bukan? HAH

Bila kau rasa susah tu .
Bila kau rasa lelah tu.
Bila kau rasa tersekat tu. Kau rasakan aku. Tapi kau tak boleh faham aku sepertimana aku tak faham.
Oh tak.. takkan.

Ya, sepuluh orang boleh melalui peristiwa yang sama,tapi belum tentu dua orang merasa perkara yang sama.
Barangkali sebab ini aku takkan faham kau.Kau takkan faham aku.
 
Yang mungkin kau dan aku faham hanya pengalaman itu.
Pengalaman, bukan perasaan.

Pengalaman kita dan pengalaman orang untuk kita ambil iktibar dan belajar,
Untuk buat atau tak.
Untuk ambil atau tinggal.

Kalaupun orang lain dalam kasut kita,belum tentu dia rasa lecet jari yang sama.
Mungkin tumitnya yang lenguh.
Mungkin bukan jarinya yang lecet.
Kasut yang sama,kaki yang beza.
Pengalaman yang sama. Penerimaan yang berbeza. Seperti aku dan kau?
Kita tak sama.

Namun pernah kau terfikir? Sebenarnya kau istimewa.
Insan terpilih untuk diuji mental dan fizikalnya.
Kau cukup dinamik kau cukup kamil.
Ditambah pula kau cukup teguh untuk terus jalan di onak penuh duri ini.
Dan aku percaya mental orang lain tak sekuat mental kau.
Jika orang lain ditempat kau, pasti tewas.
Tak seteguh diri kau.Istimewa bukan?
Jangan pernah simpati pada diri kau.
Kerna kau kuat. Tak seperti mereka. Yang hanya tahu menghukum.
Acah manusia sempurna. Perlantakkan segala durjana dunia.
Buang masa.

Percayalah hadirnya si masalah itu bukan memusnahkan.
Tapi untuk mematangkan kau.

Sejauh mana kau bangkit dan jatuh. Maka biar penghujungnya bangun.
Teguh lagi tanpa goyah.
Ayuh,
Dalam dunia ini tiada siapa boleh bantu kau.
Tiba saat nanti hanya tinggal kau dan diri kau dan Dia yang maha segalanya.

Bila tersungkur.
Fikir mengapa Dia beri kau hidangan itu. Tak seperti hidangan yang Dia beri pada orang lain.

Dia uji kau sebegitu rupa,
Kerna kau mampu.
Bahkan perhatian Dia untuk kau lebih dari orang lain. Em kalau orang lain tahu mesti jealous kan?
Ehee.

Bangkit lagi. Didik hati untuk terus qawiy.
Janji Tuhan tu pasti. Semuanya berhikmah.
..................langkah dan terus melangkah habiskan segalanya.
Pergi capai kebahagian itu. Penat dia tunggu kau.
Takkan kau nak tewas di tengah jalan kan?

Percaya pada Dia. Dia maha Adil.
Semua perit dan kepayahan kau akan dibayar dengan sesuatu yang tak pernah kau sangka.
Allah nak bagi surprise tu. Kau mesti suka surprise kan?
Nak tahu... terus lagi jalan ya? Cuba.
Lagi dan lagi. It'll be worth. Keep head up.Chin up & don't give up.

Ingat hebat masalah tu datang hampiri kau , hebat lagi kau.

Pesan aku, biar kau jadi pemenang pada akhirnya.
Jangan kalah.

Kata si dia " Kebahagian itu Mahal "
Jadi sama sama kita kuat ya? Tempuh.
Kebahagiaan menanti disebalik duri.



                                                                                           me.


0 comment[s] | back to top